Tuesday, 8 August 2017


Assamualaikum dan salam sejahterah serta salam perkenalan!! saya HASLINDA BINTI IBRAHAM atau boleh panggil saya Lynda jerr. Saya adalah pelajar dalam program pelancongan tahun 1 semester 6 Diploma Kolej Vokasional Beaufort, Sabah.
Saya ditugaskan untuk memperkenalkan kraftangan di Malaysia.

PENGENALAN
Definisi kraftangan ialah kerja dari penghasilan peralatan berguna atau hiasan dengan menggunakan tangan sepenuhnya dari hasil sendiri ataupun pertukangan. Namun pada zaman kini, segelintir pihak juga memerlukan alatan teknologi untuk meringankan beban dan memudahkan kerja dengan lebih cepat dan menjimatkan masa.
Kraftangan terhasilkan untuk tujuan mengekalkan warisan kebudayaan dan dapat memperkenalkan hasil sendiri serta sekaligus mempromosikan hasil kraftangan di malaysia. Selain itu, ianya dapat dijadikan sebagai hadiah kenangan dan saguhati kepada pelancong yang datang melancong kerana ianya dihasilkan dengan begitu unik dan dapat memikat hati setiap yang melihatnya.
Kepada anak muda sekarang, memang sukar untuk menghasilkan kraftangan yang memerlukan masa yang agak lama untuk menghasilkan hasilnya. Namun, kita dapat menjadikannya sebagai masa lapang dan sekaligus dapat untuk mengurangkan pengangguran pekerja di malaysia.
Kraftangan ini, terbahagi kepada bermacam- macam jenis kraftangan. Namun, saya akan kongsikan kepada anda iaitu anyaman, tembikar, batik dan key chain sahaja.

1. ANYAMAN

ØPENGENALAN



Anyaman adalah merupakan hasil daripada kraftangan tradisi yang berhubung kait dengan barang-barang keperluan harian bagi masyarakat yang duduk di kampung halaman. Antara barang-barang anyaman yang dihasilkan ialah tikar, tudung saji, bekas makanan, hiasan dinding, pengadang ruang, alas meja, alas piring, alas cawan, kipas, beg dan mengikut kehendak semasa.

ØPROSES ANYAMAN
Anyaman di hasilkan dari proses menjalin helaian daun hingga menjadi suatu barangan. Helaian daun pandan atau mengkuang yang sudah diproses akan dijalin mengikut langkah-langkah tertentu oleh penganyam bagi menghasilkan anyaman.

Berikut ialah proses anyaman terhasil :



ØJENIS ANYAMAN
Terdapat tiga jenis anyaman, iaitu anyaman kelarai, anyaman biasa( anyaman ghadas) dan anyaman sulam.
Anyaman kelarai digubah mengikut susunan tertentu menggunakan dua atau lebih warna berlainan. Ianya berasaskan flora dan fauna, geometrik, rupa abstrak dan berasaskan nama tempat yang dipanggil kelarai sambas dan kelarai mak mek. sebagai contoh flora ialah kelerai tampuk manggis, kelerai bunga cina, dan kelerai bunga cengkih manakala bagi fauna pula ialah kelerai buntut siput, kelerai siku keluang, dan kelerai mata bilis.

Akhir sekali, antara negeri-negeri yang masih mengamalkan aktiviti anyaman ini adalah Negeri Terengganu, Kedah, Perak, Negeri Sembilan, Pahang , Melaka, Sarawak dan Sabah.

2. TEMBIKAR

ØPENGENALAN
Tembikar diperbuat daripada tanah liat yang telah diproses, dibentuk, dan dibakar bagi mengekalkan rupa bentuk tembikar tersebut. Tembikar yang dibakar di dalam tanur menjadikan ianya lebih utuh dan kalis air.
Kegiatan seni tembikar tradisional telah bergiat sejak neolitik lagi. Buktinya kajian artifek menjumpai serpihan-serpihan tembikar. Tembikar merupakan lambang keindahan warisan kesenian yang lahir dari ilham manusia. 

ØJENIS- JENIS TEMBIKAR
BIL.
JENIS-JENIS
HURAIAN
1.
TEMBIKAR SAYONG
 (LABU SAYONG)



-Dikenali sebagi sayong
-Berwarna hitam, kuning tanah liat dan coklat
-Tidak bersepuh (poros)
-Perusahaan ini dijalankan di Kg. Sayong, Kuala KAngsar, Perak.
-Jenis-jenis lain :
 *labu tanah/ labu tela, labu gombol atau labu air, labu pusung/ kepayang, labu gelugor, labu panai, labu bocong/ labu leper, labu tela, labu lepap dan labu belalai gajah.
2.
LABU PULAI TIGA




-Tembikar asal dari pulau tiga, parit, perak.
-Proses penghasilan hampir sama dengan labu sayong namun beza dari segi pembakaran.
-Pembkaran mengambil masa 2 jan dan 700-800 ᵒc.


3.
PASU SARAWAK











-Berasal dari sarawak tempatan.
-Tempat simpanan baranga-barangan berharga, mengisi arak dan jambangan bunga.






ØPROSES TEMBIKAR
Langkah 1 :
Langkah 2 :


Langkah 3 :
Langkah 4 :
Langkah 5 :
Langkah 6 :


Ø Terhasilah tembikar…..


 
 3. BATIK


ØPENGENALAN

Batik merupakan sejenis kain yang dihasilkan melalui proses menerap lilin cair dan mencelup warna. Perkatan ‘Batik’ berasal daripada Indonesia yang bermaksud “ pakain yang mempunyai titik-titik kecil”. Perkataan ‘tik’ asal daripada perkataan berdetik atau ‘tik-tik’. ada juga yang mengatakan perkataan ‘batik’ berasal dari Jawa iaitu ‘tritik’, yang bermaksud proses penghasilan batik.
Batik dihasilkan melalui dua (2) cara iaitu cara pertama, menerusi melalui blok tangan, apabila corak tertentu dilekatkan pada blok corak batik dicetak keatas kain ( printed batik). Seterusnya, cara kedua iaitu menerusi dengan melukis corak diatas kain atau digelar ‘canting’. Corak yang dihasilkan melalui ‘canting’ adalah lebih unuk dan prosesnya memakan masa. Proses mencanting ini, terkenal di Terengganu, Malaysia.

Oleh itu, batik yang dihasikan menerusi proses mencanting ini agak lebih mahal berbanding ‘printed batik’.

ØKEBAIKAN BATIK
üDahulu, kain batik ini dikenali sebagai seni pakaian tradisonal.
üKini, kain batik dijadikan sebagi elemen penting dalam 
rekabentuk dan reka hias.


Ø JENIS-JENIS BATIK

BIL.
JENIS-JENIS BATIK
HURAIAN
1.
BATIK BLOK




uDikenali sebagai batik terap/ batik cap  atau batik pukul.
uDihasilkan menggunakan blok kayu/ blok besi/ tembaga.
uBlok yang diukir timbul dengan corak-corak yang menarik dan diggunkan untuk menerapkan kain.
uTeknik blok adalah terawal digunakan dalam pembuatan batik.

BATIK CANTING










uDikenali sebagai batik tulis/ lukis.
uDitulis/ dilukis dengan campuran lilin cair dimasukkan kedalam alat canting dan dilakar diatas permukaan kain.
uMerupakan kain batik yang popular kerana menggunakan motif sendiri menghasilkan coraknya.

BATIK ELA

uDihasilkan dengan ukuran panjang serta boleh dipotong dan dijahit untuk menghasilkan pakaian.
uDijual mengikut keperluan dan kehendak.

BATIK PELANGI



uBatik berwarna-warni.
uDihasilkan dengan teknik ikat celup yang dikenali teknik pelangi.

BATIK SARUNG

uDigayakan sebagi baju kuru dan baju kebaya.
uDilakukan dengan cara sama ada teknik blok, canting atau cetakan skrin.
uReka bentuk terbahagi kepada 3 bahagian :
- Kepala.
- Badan.
- kaki ( gigi ) kain.

BATIK SKRIN

uDikenali sebagai batik stensil/ batik sutera saring.
uMerujuk kepada teknik lakaran corak dan terapan warna yang dilakukab di atas skrin.
uSkrin tersebut diperbuat daripada poliester yand direnggangkan diatas pemidang bagai tujuan lakaran corak.

ØPROSES PENGHASILAN KAIN BATIK CANTING


 Langkah 1: Proses terhasilnya kain batik


Langkah 2 : Proses lakaran batik


\

\



4. KEY CHAIN 
ØPENGENALAN 

Keychain atau rantai kunci adalah rantaian kecil diperbuat daripada logam plastik dan lain-lan yang menghubungkan perkara yang kecil untuk gegelang kunci.keychain yang panjang membolehkan ia lebih mudah digunakan secara langsung kepada gegelang kunci. selain itu, Key chain dihasilkan dengan menggunakan tangan sepenuh dengan menjahit, lakaran kayu, ukiran dan sulaman manik bagi menghasilkan key chain yang menarik dan unik.
Keychain adalah untuk kegunaan perhiasan dalam beg,kunci,telefon bimbit, untuk penanda buku dan sebagainya.
key chain dikategorikan dalam beberapa jenis key chain yang dapat dihasilkan. Antaranya ialah jenis manik-manik, ukiran kayu, lakaran kayu, kain (teddy bear) , dan plastik.



ØJENIS-JENIS KEY CHAIN


key chain kain

key chain lakaran
key chai ukiran
key chain bakul

ØPENGHASILAN KEY CHAIN








PENUTUP

Konklusinya, Semua pihak tidak harus memandang sebelah mata terhadap industri kraf tangan ini dan lebih malang lagi terdapat segelintir masyarakat yang menganggap industri kraf tangan seperti hidup segan mati tak mahu. Oleh itu , marilah sama-sama kita memartabatkan warisan kita dan memperkenalkan kraftangan kita kepada negara luar supaya negara kita di pandang tinggi ole masyarakat luar sana. Kepada anak muda di luar sana yang meminati bidang kraftangan ini teruslah bangkit dan mempromosikan kraftangan kita kepada malaysia. Jelaslah bahawa kraf tangan merupakan inisiatif kepada menyelamatkan ekonomi negara dan sekali gus akan tercapai hasrat Malaysia. Sekiranya terdapat kerjasama daripada semua pihak, kesenian kraf tangan yang diwarisi daripada nenek moyang kita ini pasti tak lapuk dek hujan, tak lekang dek panas


HARAPAN
Syukur alhamdulillah ke hadrat ilahi , kerana dengan limpah kurniaannya akhirnya dapat juga saya menyelesaikan tugas saya walaupun ini adalah pertama kali saya menghasilkan blog. Saya harap kepada anda yang membaca blog ini dapat kita kongsikan dan boleh dijadikan rujukkan walaupun saya hanya, 'setahun jagung'. Saya harap agar kraftangan yang ada di negara kita  daril hasil kita sendiri dapat di kekalkan dan diteruskan oleh generasi yang akan datang. Saya mohon maaf sekiranya saya tidak dapat membantu apa yang sepatutnya kepada anda dan sekiranya terdapat kesalahan sepanjang saya menerangkan tentang kraftangan ini  mohon tunjuk ajar kerana buruk dan baik itu semuanya terletak pada Allah S.W.T dan disampaikan dengan cara saya sendiri. Saya berharap saya dapat meneruskan penulisan didalam blogger ini.


TERIMA KASIH !!!!